Sejarah Hitachi Data Systems

Hitachi Data Systems (HDS) diwujudkam pada tahun 1989 semasa Hitachi dan Electronic Data Systems (EDS) memperolehi National Advanced Systems (NAS) dari National Semiconductor dan bertukar namanya menjadi Hitachi Data Systems. Namun sebelum itu, asal-usul syarikat ini sebenarnya bermula dari Itel, sebuah pengeluar bingkai komputer utama. Kumpulan Produk Komputer milik Itel awalnya menjual bingkai komputer utama IBM buatan National Semiconductors, kemudian pada tahun 1979, National Semiconductor mengambil alih kumpulan tersebut dan membentuk National Advanced Systems (NAS). NAS lalu bepisah dari yang awalnya menghasilkan bingkai komputer utama menjadi memasarkan sistem buatan Hitachi. Pada tahun 1999, Hitachi membeli semua saham EDS, dan HDS menjadi anak syarikat milik penuh dari Hitachi. Selama beberapa tahun, HDS menjual bingkai komputer utama IBM dan sistem penyimpanan buatan Hitachi, namun pada tahun 2000, HDS keluar daripada perniagaan bingkai komputer utama dan fokus ke penyimpanan data.[3]